Malu, dengan diri sendiri, dengan manusia, dan juga si pencipta.
Malu atau sinonimnya segan : tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan. (kamus dewan edisi ke 4)
Entah dimana hilangnya ilmu-ilmu pengetahuan dan juga pegangan atau pendirian yg sering kali bermain di bibir. Atau ianya hanyalah mainan kata atau pun itulah kelemahan diri seseorang manusia.
Daripada Abu Mas'ud Uqbah bin Amr al-Ansari al-Badri r.a. berkata Rasulullah s.a.w bersabda Sesungguhnya sebahagian yang masih dikenali umat manusia dari perkataan nabi-nabi terdahulu adalah : bila kamu tidak malu, lakukanlah sesukamu. (HR. Bukhari)
Kembalilah. Kuatkan peganganmu, agar tinggi malumu. Bukan malu untuk digelar baik atau malu untuk melakukan kebaikan, atau malu untuk berkata tidak kepada yang haram. Tetapi, malulah untuk melakukan maksiat, malulah untuk berkata ya kepada yang haram. Malu kepada pencipta, kepada manusia, dan tidak lupa malu pd diri sendiri..